Sunday, April 21, 2013

Si Tembam Comel! - - 1

 

BAB 1 – Pandangan pertama


                Langkah di atur dari tadi. Puas berjalan dari hujung bangunan ke hujung bangunan tetapi kelibat rakan baiknya masih tidak kelihatan. Ingat One Utama ni macam Mydin ke aku boleh terus Nampak kau! Hana merungut dalam hati. Sudah satu jam di menunggu rakan baiknya Arin. Mereka bertemu ketika sama melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Melaka. Sudah ditentukan Ilahi mereka ditakdirkan untuk menjadi teman sebilik. Pantang bersua mereka pasti bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena pada mata Arin mengenai sifat Hana dan ada saja yang dibenci Hana tentang Arin. Tetapi Allah itu maha kuasa. Mereka manjadi sahabat baik apabila masing membawa haluan masing masing setelah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti yang berlainan. Setelah 4 tahun terpisah dan hanya berhubung menerusi telefon dan facebook, akhirnya hari ni dapat juga mereka berjumpa.
                “Hana! Sorry! Aku sesat la. Lagipun ini first time aku ke sini. “ tercungap2 nafas Arin. Simpati Hana pada Arin. Akhirnya dia tidak jadi untuk memberikan ‘syarahan’ pendek pada rakannya itu.
“Arin! Akhirnya kita berjumpa juga. Tak apalah. Asalkan kau jumpa juga aku kat sini. Jom!” Hana terus berjalan melulu meninggalkan Arin yang setia mengikut langkah Hana. Dia tidak jadi untuk bertanya. Dia masih berkira rakannya itu pasti masih marah. Atau kata lain sensentap!
“Kau nak tengok cerita apa?”. Hana bertanya pada Arin yang sedari tadi hanya termangu melihat lautan manusia membanjiri TGV Cinema. Seperti tidak pernah menonton wayang lagaknya. Ditepuk kuat bahu rakannya.
“Kau ni! Terkejut aku! Keji tau!” Keji. Ayat favourite Arin!
“Aku tanya kau tak jawab. Aku ada normal pass ni. Cakap je kau nak tengok cerita apa.” Hana menunjukkan pas tiket wayang yang dihadiahkan oleh bosnya. Sampai sekarang masih tersimpan kemas kerana tidak ada orang yang sesuai untuk menemani Hana menonton wayang.
“Aku ikut kau sajalah. Kau kan pengkritik tetap filem ni. Aku buta wayang. Haha”. Buta wayang? Apa apa sahaja Arin ni. Gumam Hana.
“Ok jom tengok The Croods”. Biar betul? Hana seperti tidak menyangka dia boleh memilih untuk melihat kartun.
Mereka terus melangkah menuju ke kaunter. Tidak mahu barisan menjadi panjang dan kehabisan tiket wayang. Pandangan Hana melilau menghilangkan kebosanan. Barisan masih panjang di hadapan. Tiba matanya terhenti melihat seorang bayi comel yang menangis di dalam stroller nya. Mata Hana amat tertarik pada wajah comel bayi itu. Tiba – tiba bayi itu diangkat oleh seorang lelaki. Oh itulah ayah bayi itu. Kacak! Puji Hana dalam hati. Bertuah isterinya. Hana hanya tersenyum memandang lelaki itu yang masih memujuk anaknya untuk berhenti menangis. Kalaulah aku ibunya. Hana stop! Hana cuba menghilangkan angannya yang sudah jauh melalut. Itulah Hana. Sangat mudah untuk dia hilang di dalam angan- angannya yang tak sudah!

                “Hana. Lapar.” Arin menunjukkan wajah sedihnya sebaik sahaja wayang tamat. Hana hanya ketawa.
“Jom. Nak makan apa ni? Teppanyaki ok?”. Hana memberikan cadangan.
“OK!” Arin tersengih.  Hana memeluk lengan rakannya itu. Tiba- tiba Hana terhenti. Sekali lagi dia terserempak dengan bayi comel itu bersama ayahnya. Hana tersenyum lagi. Tetapi kelibat ibu bayi itu masih tidak kelihatan. Hana tidak ambil pusing. Hatinya masih memuji kekacakan lelaki itu. Dia tersenyum.
“Kau ni dah angau ke senyum sorang sorang?” Teguran Arin mematikan lamunannya.
Yes. Aku angau sebab dah lapar!”. Hana ketawa dan mempercepatkan langkahnya menuju Food Republic. Dia cuba membuang jauh  jauh ingatannya terhadap lelaki itu. Cuba mengubah topik perbualannya bersama Arin supaya lama kelamaan bayang bayi dan lelaki itu akan hilang. Tapi dia kacak sangat! Hati hana masih memuji manusia ciptaan Allah itu.

                T-Shirt putih berbelang merah, seluar jeans biru dan sepasang cermin mata hitam rayban. Hana tidak menghilangkan bayangan lelaki itu dari kotak fikirannya. Dia masih memproses segala butir penglihatannya. Lelaki itu tidak kelihatan seperti seorang ayah. Kekok sahaja cara lelaki itu memegang bayi perempuan itu. Hana tersenyum kembali mengingati cara lelaki itu terkial- kial untuk mendukung bayi itu.
“Wajah dia sangat familiar. Macam kenal la. Siapa ya?” Hana tanpa sedar mengutarakan soalan dimindanya itu. Arin menunjukkan wajah cemberut. Rupa- rupanya rakannya itu tidak ambil pusing omelannya sebentar tadi. Penat dia bercerita mengenai kehidupannya di Terengganu
“Kau ni Hana. Penat aku membebel tapi lain soalan yang kau tanya”. Arin mencubit lengan rakannya itu. Hana mengaduh perlahan dan ketawa kecil.
Sorry. Aku memang cepat khayal. Apa kau cakap tadi?” Dia cuba memujuk rakannya itu.
“Tak payah lah kau tanya lagi. Aku dah tak larat nak ulang. Aku bukan radio buruk!”. Arin meninggikan suaranya. Hana tersengih lagi.
“Dah pukul 6 ni. Aku kena balik. Abang aku dah tunggu.” Arin terpaksa juga berpisah dengan Hana. Dia perlu pulang ke Terengganu hari ini juga. Hari pekerjaan di Terengganu tidak seperti di Kuala Lumpur. Mereka mula bekerja pada hari Ahad.
“Baiklah. Ok. Harap harap kita jumpa lagi ya. I’m gonna miss u so much”. Luah Hana sambil memeluk rakannya itu. Dia hanya berdiri memandang rakannya yang melangkah meninggalkannya. Setelah itu dia melangkah laju untuk pulang. Kesesakan lalu lintas sangat teruk waktu waktu begini dan dia sudah bosan asyik terperangkap di dalam traffic jam.

~~ Menjadikah ANGAN2 keeww~~~

Hello Peeps!!!

what a hot day. Malam ini sangat panas. Macam nak mandi berpuluh2 kali!!!

   Ok as usual aku nak melalut lagi. Actually aku kuat berangan. So i wish i can turn all my dream fantasy tu into novel!! but penat la kan nak menulis banyak. berangan ni senang... BARING and BERANGAN. hahaha. But anyway aku nak jugak menulis! sebab rasa mcam dah lama tak asah bakat menulis karangan bahasa melayu yang berjela. and aku risau BM aku agak tak brape nak ok sebab since kerja everything in english!! waa!~!! So. Aku dah try menulis. Baru siap dua bab but i will post it her siap2. untuk nak siapkan satu bab pon aku agak terkial2. ye lah. idea bukan datang every sec right???

So just wait!!!



                  ~~~~~~~~~~~~~~~~SI TEMBAM COMEL~~~~~~~~~~~~~~~

CINTA Bersaiz XXL

Seee!!! tajuk di amat unik!! aku ni dikategorikan saiz xxl la gak. So tu yang buatkan aku tertarik dgn cite ni. Ok so reviewnya ---

Adiba ni cikgu sandaran kat sebuah sekolah. Dia ni berbadan besar. And agak merendah diri la gak. So, one day ada orang datang masuk meminang dia. Dia mcm agak tak percaya n terkejut la gak. Pengetua sekolah datang meminang untuk anak dia yang hensem yang amat!!! sape nak percaya. kalau aku pon tak percaya orang yang hensem yang amat dtg masuk meminang aku sebab aku ni XXL . hahahaha. So mase bertunang tu Diba sempat la gak jumpa mamat ni. dah habis majlis boleh plak dia gi sms laki ni ckp kalau nak cancel silakan. Adiba sangat RENDAH DIRI OK!!! Tapi this handsome guy cakap dia terima diba seadanya. SO sweet!!! <3.. So after kahwin of course la ada macam2 cabaran untuk adiba. ramai yang cakap diorang nampak tak sepadan. so diba akan jadi sedih and her prince charming will sooth her!! owwwhhh!!! so sweet!!!. Then, dia dapat amik diploma so dia boleh jadi cikgu dalam erti kata sebenar la. And suprisingly suami dia lecturer kat universiti dia belajar. Dia pesan kat suami dia jangan bagitau orang they are husband and wife!!! mesti la suami dia sedih. hoho. So macam2 la jadi masa belajar tu. cemburu itu cemburu ini. Dah habis belajar pon, masalah pasal anak pulak. Diba cuba nak kuruskan badan untuk pregnant. Siap nak suruh suami dia kawen lagi sorang. Tapi suami dia ni matang. So tak cepat melatah. So at last diorang dapat anak and bahagia like forever la. ( Saja cerita seringkas boleh. Nak korang baca!!)

hehehehe.. So dari 5 stars,  aku bagi 3.5 kot. Cerita ni just too good to be true. I know its a fantasy. Novel. But sometimes we need to put some reality inside what we write. Ye dok!! But novel ni ada la bagi pengajaran jugak. Jangan selalu mempersendakan kami golong yang COMEL!!... hehehe. And cerita ni jugak bagus untuk orang2 yang ada low self esteem. Jodoh ni ketentuan Allah. Walau bagaimana pon size kita. Allah dah tetapkan siapa yang akan jadi jodoh kita. :).. So just be yourself and biarlah orang nak kata apa. CHEER UP!!! ^_^

Friday, April 12, 2013

REVIEW --- Perempuan Lindungan Kaabah

Assalamualaikum... Halloooooo!!!!

target konon nak update selalu kan. Once again hampeh!! hahaha. But lepas ni hope dpt update serajin boleh. New obsession now... berangan pastu tulis cerpen pendek2 and try to tulis novel!!. hehehehe. Sangat menyimpang dengan kerja aku..
OK aku nak buat review pasal novel ni. My rating 8/10. ok la kan atleast lebih dr 5. hoho!

Novel ni mengisahkan tentang seorang Ustazah bernama Hanan yang sangat menjaga adab sebagai seorang wanita Muslim sejati. Sentiasa menjaga perlakuan, mata, hati dan sentiasa sujud pada kekasih-Nya yang satu. Takdir Allah menemukan Hanan dengan Alex seorang lelaki Cina yang tercari cari pengertian jawapan bagi setiap soalan di dalam mindanya mengenai Agama. Pertemuannya dengan Hanan umpama sinar baginya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Mereka sering berhubung menerusi e-mel, yahoo mesenger dan telefon. Namun Hanan mula berasa takut kerana perasaannya terhadap Alex mula berubah dan Alex juga sudah meluahkan apa yang terbuku di hatinya terhadap Hanan. Hanan tidak memberi sebarang jawapan kepada Alex. dalam pada masa yang sama, Hanan telah dirisik oleh Datin Zaleha, bekas majikan ibunya yang menjaga Hanan sejak kematian ibunya. Ibu Hanan adalah orang gaji di rumah Datin Zaleha. Dia buntu dan sentiasa mencari petunjuk dari Allah SWT dan juga Amir. Amir adalah sepupu kepada anak Datin Zaleha, Fareez yang bakal menjadi suaminya sekiranya dia bersetuju dengan pinangan Datin Zaleha. Amir juga menaruh perasaan pada Hanan tetapi dia hanya mampu menyimpan perasaan itu dan berserah pada Allah SWT. Atas niat untuk berdakwah, Hanan menerima pinangan itu dengan harapan dia dapat mengubah Fareez untuk menjadi seorang muslim sejati kerana Fareez sudah jauh tersasar dari landasan agama. Pelbagai halangan dan cabaran Hanan tempuhi apabila dia bergelar seorang isteri dan itu hanya membantu Hanan untuk meneliti dirinya bahawa adakah dia sudah cukup sempurna sebagai seorang muslimah dan isteri.

So... pada aku novel ni ada isi yang dapat dijadikan teladan. Sebagaimana Hanan merasakan dirinya sangat menjaga agamanya walhal dia tidak menghormati suaminya walaupun suaminya tidak menunaikan solat dan amalan amalan yang lain. kat situ walaupun dia bertahajud everyday pon tapi bila nak jalankan tanggungjawab as isteri dia tolak pulak.Dia selalu fikir yang perempuan yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Yes! But Asiah bersuamikan Firaun. Lagi dahsyat dugaan yang Asiah tempuhi. Mungkin saat ini suami dia jahat but he can be a great muslim one day. So jangan pernah memandang serong pada orang2 yang macam ni. Mereka boleh berubah dan akan jadi lagi baik dari kita. So, aku syorkan korang baca buku ni. Bagus jugak untuk perempuan yang belum berkahwin. Tapi kita lebih baik mencari seorang lelaki yang dapat menjadi imam kita. Jika wanita sehabat Hanan yang sentiasa menjaga agamanya juga mempunyai masalah untuk membimbing suaminya. apatah lagi kita. Tapi jangan terlalu memilih. Manusia boleh berubah kan...:)

“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
Dr. Seuss