Wednesday, May 15, 2013

REVIEW!! --- Jangan Lupakan Aku

HELLOOO!!!!

Whats up guys!!

I know takde orang pon baca blog aku.. hahaha. tapi aku just suka menulis tapi malu nak share.. nggeee!!! hhehehehe


Ok this time is about novel Jangan lupakan aku. Please check out the summary below!! --


"Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah dan menerima lafaz akad seorang lelaki. " Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita janji sehingga mati"

Namun kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup.

Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat.
" Abang... cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pon memang cintakan Zara!"


Ulasan Ikhlas dariku. hahaha


**********************************************

Too good to be true!!!!

Ilham Zakri yang bujang and available nak buat rumah untuk dia berjuta2. Complete package la this guys. semua ada. Zara pon cantik and berjaya itu ini. bla bla bla. but... sure orang akan ckp kat aku, "Dah nama pon novel, tak de masalah pon nak tulis cenggitu.. "..

errrrr..... ok u got the point. So i need to use this point as main point for me to gice comment. Instead of using my own point. KAN!!!!

ok so moving on...

Apa yang mengganggu aku about this novel is sebab jalan cerita dia sama macam aku teirma nikahnya. Lepas tu ada few lagi cerita yang mana kawen and then accident and lupa ingatan. If i still to put this one aside.. OKAY!!!!

Actually novel ni did give some moral values on how we as a women. (womenkah aku. wakakaka!!!) need to survive when we have someone that depends on us. Macam Zara ni jadi janda berhias lepas suami dia meninggal dekat Arab. so dia kena jaga adik2 ipar and nenek and atuk bekas suaminya itu. (Apa punya teruk bahasa). Berusaha gigih merupakan prinsip Zara yang aku amat kagum where she struggle to make sure that she achieve what she wants and have enough resources untuk sara hidup dia and tanggungan dia.

Dan juga bagaimana Ilham Zackry berubah dari seorang muslim atas nama hingga menjadi proper muslim. aku juga kagum dengan Zara yang tabah and sabar tunggu husband dia kembali MENGINGATI CINTA MEREKA YANG TULUS ITU. NGEH2.

So

My main point is, aku memang kaki novel, tapi kalau dah cerita macam ni, ada novel lain yang sama jalan cerita and might be better than this one, better tak payah tulis kot. Sorry to say that tapi we need more fresh raw novel ideas yang manaaku tak baca lagi. hehehe. So read y all!!! in case ade yang tak setuju dengan apa yang aku cakap. never mind. every person have their right to say anything but sure have limit la..

ok guys.. bye!!

(tengah kering otak sambung cerita novel aku yang tak berapa nak gempak tu. hehehehe)

Si Tembam Comel! -- 2

BAB 2 – Memori kekal abadi


                Seperti biasa Hana lewat lagi hari ini. Kaki tidur! Itulah Hana. Dia sangat susah bangun pagi. Tapi dia tidak pernah takut atau gelabah sekiranya dia lambat ke pejabat. Waktu pekerjaannya sangat fleksibel. Asalkan kerjanya siap dan tidak seperti melepas batuk di tangga. Hana merupakan seorang Consultant bagi sebuah syarikat IT. Walaupun usianya baru sahaja mencecah 24 tahun, dia sudah berjaya membuktikan seorang perempuan muda juga boleh melakukan pekerjaan yang selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Kadang- kadang Hana seperti tidak percaya dengan apa yang dikecapinya sekarang ini. Hana sangat workaholic. Dia tidak mengharapkan balasan dalam melakukan pekerjaan sehinggakan bos Hana sendiri bising dan berleter dan menyuruh Hana mencari seorang teman lelaki. Hana hanya ketawa mendengar omelan majikannya itu. Siapalah yang akan pandang aku yang tembam ni. Hana selalu berfikiran begitu. Walaupun dia baru berusia 24 tahun tetapi dia mempunyai badan yang besar dan ini membuatkan dia kelihatan sangat matang diri usianya. Dalam pekerjaan, keyakinannya sentiasa tinggi tetapi di dalam percintaan, keyakinannya kosong!
“Hana, tomorrow we have meeting with the integration team. I want you to join but I don’t know whether u available or not.” Rakan sekerjaku Dzafri menegurku.
“ Based on my schedule I don’t have anything but I think better you ask Jack first. I’m afraid he wants me to do something tomorrow.” Hana membalas sambil tersenyum. Dia menyumbat kembali telinganya dengan earphone. Itulah rutin Hana apabila melakukan kerja demi mengelakkan fokusnya lari.
“Hello Hana!” Dzafri memanggilku sambil melambai tangannya di hadapanku. Inilah penangan mendengar lagu sampai tidak mendengar orang memanggil!
“ Sorry. Ye?”. Hana tersengih
“I suka kacau when you do your work. Sangat tekun until you can’t hear people calling your name!” Dafzri ketawa. “ Anyway Jack cakap boleh. And then another thing the change request Azri asked for, have you done all of it?” Dzafri memandang Hana serius. Kecut perut Hana. Dzafri sangat serius apabila berbual mengenai kerja. Dia merupakan pengurus projek bagi projek besar sistem servis pelanggan untuk sebuah agensi pelanggan dan Hana merupakan developer untuk projek itu.
“Oh yes all done. Some of it I pass to Helmi and I already check with him. All done now. Don’t worry.” Hana tersenyum. Dia cuba menghilangkan resah rakan sekerjanya itu.  Menjadi seorang pengurus projek sangat mencabar. Berdepan dengan perisian komputer adalah lebih mudah berbanding berdepan dengan manusia yang mempunyai ragam yang berbeza.
                Waktu rehat sebegini Hana lebih suka menghabiskan masanya membaca blog dan surat khabar secara online. Tangannya galak menggerakkan tetikus membaca berita terhangat mengenai artis artis di blog. Tiba- tiba tangannya terhenti pada satu artikel yang memaparkan gambar seorang pelakon. Hana pasti itu lah lelaki yang dilihatnya semalam. Izzul Isma! Pelakon dan juga penyanyi yang sedang melonjak naik sekarang! Mata Hana membulat. Dia kelihatan sangat teruja kerana dapat mengenal pasti identity lelaki yang menarik perhatiannya semalam.
Alahai kenalah aku berhenti berangan lagi. Gumam Hana. Golongan artis merupakan golongan yang dia tidak akan pernah dapat kenal rapat. Itulah perspektif Hana mengenai golongan artis. Namun Hana masih tetap memandang gambar itu. Wajah itu tidak puas dipandangnya. Wajah itu yang membuatkan dia tidak dapat tidur lena. Wajah itu juga yang membuatkan dia seperti nanar berfikir. Akhirnya senyuman terujanya hilang. Dipendam sahaja perasaannya itu.
*********************************************************************************
                “ Hari ni boleh tak aku nak pergi suatu tempat?” Aizat Haikal menyoal pengurusnya. Dia baru sahaja menghabiskan penggambaran untuk drama terbarunya. Dia sangat penat hari ini. Dia mengambil keputusan untuk pergi mengunjungi tempat kegemarannya untuk menghilangkan stress. Tempat yang tidak pernah diketahui oleh sesiapapun. Aizat  tidak pernah berkongsi dengan sesiapapun waima pengurusnya
“Cuba kau khabarkan sikit mana tempat favourite kau tu? Boleh lah aku temankan kau jugak.” Wawa cuba mengorek rahsia artis jagaannya itu. Acapkali Aizat Haikal hilang, dia susah menebak keberadaan lelaki itu.
“Hmm itu rahsia. Tapi yang pasti hari ini kau balik seorang ya. Aku nak makan angin sorang sorang.” Aizat Haikal tersengih sambil berlalu meninggalkan pengurusnya.
                Aizat Haikal berjalan dengan penuh waspada. Malas rasanya hari ini untuk dia beramah mesra dengan peminat –peminat yang mungkin akan mengenalinya. Berbekalkan Spek hitam, sweater GAP berwarna kelabu dan cap NY kegemarannya, dia cuba untuk menutup segala ‘aura artis’ dari dirinya. Langkahnya dilajukan menuju ke panggung wayang yang berada di tingkat atas pusat membeli belah itu. Tiket sudah dibelinya menerusi aplikasi di iPhone. Jadi dia tidak perlu bersusah payah untuk beratur. Dia terus melangkah menuju ke bilik wayang tanpa membeli sebarang makanan. Perutnya masih kekenyangan. Pihak produksi menyediakan nasi beriani sebagai sajian tengahari untuk mereka. Dia makan dengan lahap sekali kerana dia tidak menjamah sebarang makanan dari pagi. Kerusi di sebelah kerusinya sudah berpenghuni. Aizat hanya tunduk dan terus duduk. Dia terus membuka cap dan cermin matanya. Dipandang sekilas ke arah gadis yang duduk bersebelahan dengannya. Tembamnya pipi! Gumam Aizat di dalam hati. Di pandang sahaja gadis itu yang leka mengunyah popcorn dengan berhati hati. Mungkin tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Aizat tersenyum. Kalau boleh cubit pipi dia. Aku orang yang paling bertuah. Aizat mengomel lagi di dalam hati. Tidak semena- mena gadis itu berpaling ke arahnya. Aizat terus mengalih pandangannya.  Lama gadis itu memandangnya. Aizat berpura- pura tidak tahu dan hanya memandang terus ke hadapan. Akhirnya gadis itu memandang ke hadapan setelah tayangan filem sudah bermula.

                Tak senang duduk! Itulah situasi Hana sekarang ini. Dia tidak menyangka dia akan berjumpa lagi dengan Aizat Haikal di dalam pawagam! Pada mulanya dia cuba memaksa housemate nya, Atul untuk menemaninya, tetapi temannya itu tidak sihat. Jadi terpaksalah dia menonton filem yang menggamit perhatiannya seorang diri. Walaupun malu dan segan, digagahinya juga untuk menonton cerita itu. Hana bertambah sungkan apabila seorang lelaki duduk disebelahnya dan sibuk memerhatikan dia mengunyah makanan. Dia cuba menyergah lelaki itu tetapi dia sendiri yang terkejut. Hana tidak menyangka dia akan duduk sebegini dekat dengan lelaki pujaannya Aizat Haikal. Jantungnya dari tadi berdegup pantas. Susah untuk Hana fokus pada cerita yang ditayangkan. Matanya galak ingin memandang lelaki disebelahnya. Seleranya juga mati. Popcorn masih lagi separuh tetapi Hana sudah kenyang. Dia cuba meletakkan bekas popcorn di bawah kerusi tetapi dia dikejutkan dengan teguran lelaki disebelahnya.
“Er. Sorry. Awak nak buang ke popcorn? Er, kalau saya habiskan boleh?”. Hana terlopong memandang Aizat. Dia seperti dipukau apabila Aizat Haikal menegurnya.
“Boleh tapi takpe ke? Ini boleh dikira macam sisa saya la jugak”. Hana bercakap dengan nada perlahan. Takut didengari oleh orang lain.
“Tak apa. Ini bukan sisa. Ini lebihan. Hehe. Membazir kalau buang.” Aizat tersengih. Hana tersenyum. Diserahkan bekas popcorn itu kepada Aizat.
“Terima kasih. Sorry la saya mintak macam ni.” Ucap Aizat sambil terus mengunyah popcorn. Perutnya sudah menjerit. Dia ingat dia dapat bertahan tanpa makan dan minum. Rupanya dia kalah dengan perut sendiri.
“Kalau awak nak air awak boleh ambil air saya.”. Luah Hana perlahan. Aizat memandang Hana lama.
Manis juga minah tembam ni! Aizat Haikal tidak berupaya menghalang dirinya dari memuji gadis disebelahnya.
“Saya Haikal.” Aizat berbisik . Dia tidak tahu kenapa dia perlu memberitahu Hana namanya. Hana menunjukkan wajah kehairanan.
“Awak bukan Aizat ke?” Hana menyoal Aizat kembali? Terkedu Aizat Haikal dibuatnya. Dia tidak menyangka gadis ini mengenali dirinya.
“Er. Hehe. Baru nak kelentong awak tadi. Ya saya. Saya Aizat Haikal.” Aizat tersenyum manis. Sekali lagi Hana terkedu. Walaupun keadaan panggung itu gelap namun dia berupaya melihat senyuman manis Aizat yang dilontarkan kepadanya. Dia membalas senyuman itu dan terus mendiamkan diri. Hana tidak tahu apa yang perlu diungkapkan. Aizat pula hanya menanti introduction dari Hana tetapi gadis disebelahnya ini hanya membisu.
“Awak tak nak beritahu nama awak?” Akhirnya Aizat menyoal setelah dia melihat Hana sudah fokus memandang ke hadapan. Hana mendengus perlahan. Sekarang dia merasakan Aizat sudah mengacau perhatiannya untuk menontong cerita yang sedang ditayangkan itu.
“Hana.”Pendek sahaja jawapan Hana. Cerita yang dimainkan itu sudah sampai ke kemuncak. Jadi Hana tidak mahu memembazir masa melayan Aizat. Aizat tersenyum lagi.
“Comel nama. Secomel orangnya.” Kata- kata Aizat itu membuatkan Hana tersedak. Inilah kali pertama ada seorang lelaki yang menyatakan dia comel! Hana berdehem dan masih tidak menghiraukan Aizat Haikal. Akhirnya mereka berdua diam membisu.