Monday, June 3, 2013

REVIEW : Projek Memikat Suami

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

------------------------------------------------------------------------------------------------

rating  :  4/5

Best jugak novel ni. Ulasan pengarang mengatakan beliau ingin mencipta satu karya yang menggambarkan heroin itu tidak membelakangkan agama sangat la bagus. Most of the novel yang kita baca, asal kahwin paksa je, bila suami suruh buat itu dan ini mesti akan dibangkang. Actually itu dah dikira berdosa walaupon perempuan tu tak rela kawen dengan lelaki tu. But we still need to obey cakap suami. So buku ni bagus jugak. Jangan masa nak kahwin tu dah sibuk fikir lama mana, sibuk fikir bila nak cerai tapi terjatuh cinta la plak kan. So heroin ni memang tabah. dia pon kena kawen paksa tapi demi suruhan Allah, dia cekalkan hati dan cuba memikat suami yang sibuk membencinya. Nawwal Husna dapat menjadi lambang perempuan yang solehah dimana dia boleh menjadi kawan, kekasih, ibu dan segala galanya untuk suaminya. tidak pernah berhenti untuk menarik perhatian suami. That's good!!! kadang2 kita sendiri kena cuba menaikkan kembali perasaan bercinta walaupun telah lama berkahwin (ececece bajet ayat macam aku dah kawen!!! hahahaha). Nawwal Husna juga sentiasa memikirkan perasaan orang lain terlebih dahulu dari memikirkan tentang dirinya. Itu bagus cuma kadang2 we need to be selfish. Bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain juga. Novel ini jugak seperti memberi inspirasi buat wanita where kita tak boleh cepat melatah bila ada gossip atau fitnah atau cerita2 mengenai pasangan kita. (Again. ayat cam dah ada experience je. ngeh2). Ya lah kita selalu dengar cerita cerai berai ni sebab si isteri cemburu, si suami cemburu. sepatutnya bila timbul orang ketiga, we need to calm down and try to disscuss. bukan terus mengamuk because it will show to the people yang kita ni teruk sebenarnya. hahahaha. so i recommend this book bagi siap2 yang dah berkahwin, akan berkahwin dan belom berkawin (macam aku ni). ok gak. buat bekalan sikit2 kan. hehehehe.



OK.. Sampai di sini saja!!!! ^_^